Friday, October 15, 2010

pengetahuan

public speaking motion:
  1. environmental responsibility : the burden of progress
  2. abortion vs adoption : the good and the bad
  3. malaysia : truly asian destination
  4. independece day : we are not free
  5. sex education - when is the right time to start it?
  6. nuclear proliferation : will development of nuclear weapons fuel a third world
  7. we need no more subsidi

jawatankuasa kehakiman dan teknikal
Minggu Pengucapan Awam UMT 2010

Thursday, July 9, 2009

Takwim Kelab DEMI untuk Julai 2009

Kepada semua ahli DEMI, diharapkan agar anda semua dapat menyertai program-program dan aktiviti yang diaturkan untuk semua. Segala komitmen dan kerjasama yang diberikan adalah untuk kebaikan diri sendiri, kelab dan juga UMT. Marilah kita sama-sama memajukan diri sendiri dan meningkatkan taraf dan mutu perdebatan serta komunikasi semua. Jadilah mahasiswa berintelektual...^^
  1. Pendaftaran ahli baru Kelab DEMI (8 Julai 2009, Kafe Baru, 9 malam)
  2. Latihan pertama debat dan pengenalan debat universiti kepada junior (9 Julai 2009, Kafe Baru 9.30 malam)
  3. Pemilihan wakil UMT ke Pertandingan Debat Alam Sekitar 2009 di UTP (12 Julai 2009, Foyer Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, 8 malam)
  4. Program Pemantapan Kemahiran Debat di Air Terjun Sekayu (17 dan 18 Julai 2009, Air Terjun Sekayu)-sila lihat MEMO untuk maklumat selanjutnya
  5. Pertandingan Debat Alam Sekitar UMT 2009 (20 Julai 2009, Auditorium Mohyiddin, FPE)
  6. Pertandingan Debat Alam Sekitar IPT Malaysia 2009 di UTP (24 hingga 28 Julai 2009, Universiti Teknologi Petronas, Perak)

Thursday, April 23, 2009

Jadual Latihan Debat Integriti

Berikut merupakan jadual latihan debat integriti sepanjang musim cuti ini:

24/5/2009
  1. 3.00 pm = Isu Politik :Media Berintegriti
  2. 9.00 pm = Artis Kita Kurang Berintegriti

25/5/2009

  1. 3.00 pm = Rasuah di Malaysia : Kita Sudah Berjaya
  2. 9.00 pm = Jenayah Culik Kanak-kanak : Bukan Salah Ibu Bapa

26/5/2009

  1. 3.00 pm = Sistem Pendidikan Berjaya Menyemai Perpaduan Kaum
  2. 9.00 pm = Penyelesaian Masalah Rasuah Terletak Di Tangan Masyarakat

27/5/2009

  1. Demi Kualiti Hidup, Sistem Pendidikan Perlu Dirombak
  2. Etika Perniagaan Selari Dengan Kehendak Globalisasi

28/5/2009

  1. Penerapan Modal Insan Telah Berjaya
  2. Pembinaan Koridor Ekonomi Memacu Negara Lebih Berintegritu

29/5/2009

  1. Mahasiswa Kita Sudah Berintegritu
  2. Amalan Tadbir Urus Korporat Mampu Menarik Pelabur Asing Ke Malaysia

Sebarang PERUBAHAN akan dimaklumkan.Semua yang terpilih diwajibkan hadir latihan.

Monday, April 20, 2009

Tarikh-tarikh Penting

Perhatian kepada semua pendebat dan ahli kelab, berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang perlu diingati.
  1. 23/4/2009 - 13/5/2009 :Latihan Debat Integriti
  2. 30/4/2009 - 2/5/2009 :Bengkel Debat
  3. 15/5/2009 - 19/5/2009 :Debat Integriti di UTM Skudai Johor
  4. 12/6/2009 - 16/6/2009 :Debat Perpaduan di Unimas Sarawak
  5. 19/6/2009 - 23/6/2009 :Debat Kepenggunaan di UTHM

Monday, April 6, 2009

JADUAL LATIHAN DEBAT

Perhatian, kepada semua ahli DEMI, latihan debat sudah pun dimulakan. Diharapkan kepada semua ahli dan peserta yang terpilih terutamanya, anda DIWAJIBKAN hadir pada tarikh yang telah ditetapkan untuk latihan. Sepanjang permasalahan, sila hubungi Nasrul – 017-4860513 atau Adawiyah – 019-6342296. Latihan akan diadakan di Kafe Baru pada jam 8.30 malam pada tarikh berikut:

7 April 2009
  • Demi Kualiti Hidup, Sistem Pendidikan Perlu Dirombak
  • Isu Politik : Media Berintegriti
  • Etika Perniagaan Selari Dengan Kehendak Globalisasi
12 April 2009
  • Penerapan Modal Insan Telah Berjaya
  • Integriti Lebih Kepada Agenda Politik Sebenarnya
  • Rasuah Di Malaysia : Kita Sudah Berjaya
17 April 2009
  • Doktrin Pengasingan Kuasa Di Malaysia Berkesan
  • Sistem Pendidikan Berjaya Menyemai Perpaduan Kaum
  • Artis Kita Kurang Berintegriti
20 April 2009
  • Media Mendorong Ahli Politik Lebih Berintegriti
  • Pembinaan Koridor Ekonomi Memacu Negara Lebih Berintegriti
  • Jenayah Culik Kanak-kanak : Bukan Salah Ibu Bapa
21 April 2009
  • Negara Maju Melahirkan Remaja Lebih Berintegriti
  • Penyelesaian Masalah Rasuah Terletak Di Tangan Masyarakat
  • Tanggungjawab Sosial Sektor Korporat Nombor 1, Keuntungan Nombor 2
23 April 2009
  • Mahasiswa Kita Sudah Berintegriti
  • Amalan Tadbir Urus Korporat Mampu Menarik Pelabur Asing Ke Malaysia
  • Isu Politik : Media Berintegriti
Diharapkan semua peserta mendisiplinkan diri untuk hadir pada masa yang telah ditetapkan. Marilah kita sama-sama berusaha dan berjuang untuk memantapkan debat UMT.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Semoga berjaya!

Sunday, March 22, 2009

PERJUMPAAN MINGGUAN

Untuk perhatian semua ahli Kelab DEMI. Maklumat perjumpaan mingguan adalah seperti berikut:

Hari : Khamis
Masa : 9.00 malam - 10.30 malam
Tempat : Tapak Parking Blok B1 (asrama perempuan) sebelah Kafe baru.

Ini merupakan peringatan kepada semua ahli Kelab. Selepas ini, tiada pengumuman perjumpaan akan dibuat. Pengumuman hanya akan diadakan apabila perjumpaan Kelab DEMI dibatalkan sahaja. Untuk setiap perjumpaan, kehadiran akan diambil untuk rekod. Kepada sesiapa yang tidak dapat hadir ke perjumpaan, sila maklumkan kepada rakan ahli Kelab DEMI yang lain atau maklumkan kepada MT DEMI.

Untuk setiap perjumpaan, kita akan ada pengisian untuk memantapkan lagi mutu perdebatan setiap ahli. Kita juga akan berbincang mengenai isu-isu terkini dan hal ehwal semasa yang berlaku dalam negara. Jadi, diharapkan agar anda semua dapat memberikan komitmen dan berusaha untuk memajukan Debat UMT dan diri anda sendiri. Semoga dengan adanya komitmen semua pihak, segala aktiviti akan dapat dilaksanakan dengan baik. Majulah debat dalam peradaban!

p/s: perjumpaan mingguan ini juga penting untuk makluman mengenai sebarang aktiviti debat mahupun pertandingan-pertandingan lain seperti pidato, syarahan mahupun forum yang akan dijalankan.

Pemilihan ke Pertandingan Debat IPT Malaysia untuk Mei 2009

Pada 26, 27 dan 28 Mac ini, Kelab DEMI akan mengadakan pemilihan untuk ke Pertandingan Debat IPT Malaysia untuk Mei 2009 iaitu Debat Integriti, Debat Sultan Zainal Abidin (PISZA) dan Debat Perpaduan.

Pemilihan akan diadakan secara adil dan saksama dengan pengadilan oleh hakim yang merupakan Alumni DEMI iaitu Abg Syahmi, Abg Azrul, Abg Uzair, Kak Kamma dan juga Pensihat DEMI iaitu Puan Rozita Jayus.

Setiap kumpulan akan bertanding mengikut sistem powermatch dan pemilihan adalah dilakukan berdasarkan prestasi individu, bukan berkumpulan. Jadi, kepada semua ahli DEMI dan sesiapa warga UMT yang berminat, anda bolehlah menghantar penyertaan kepada Huda di talian 017-9226443. Sila sertakan nama, no matrik dan program.
Terima Kasih.