Sunday, March 22, 2009

Pemilihan ke Pertandingan Debat IPT Malaysia untuk Mei 2009

Pada 26, 27 dan 28 Mac ini, Kelab DEMI akan mengadakan pemilihan untuk ke Pertandingan Debat IPT Malaysia untuk Mei 2009 iaitu Debat Integriti, Debat Sultan Zainal Abidin (PISZA) dan Debat Perpaduan.

Pemilihan akan diadakan secara adil dan saksama dengan pengadilan oleh hakim yang merupakan Alumni DEMI iaitu Abg Syahmi, Abg Azrul, Abg Uzair, Kak Kamma dan juga Pensihat DEMI iaitu Puan Rozita Jayus.

Setiap kumpulan akan bertanding mengikut sistem powermatch dan pemilihan adalah dilakukan berdasarkan prestasi individu, bukan berkumpulan. Jadi, kepada semua ahli DEMI dan sesiapa warga UMT yang berminat, anda bolehlah menghantar penyertaan kepada Huda di talian 017-9226443. Sila sertakan nama, no matrik dan program.
Terima Kasih.

Monday, March 2, 2009

LAWATAN KE ARKIB NEGARA DAN PIDATO BAHASA MELAYU PERINGKAT ANTARABANGSA 2009 DI PICC

Pada 5 Mac ini,Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual UMT akan bertolak ke Kuala Lumpur
untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Arkib Negara Malaysia iaitu gedung
"khazanah"negara.Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menimba ilmu pengetahuan yang
mana berfaedah untuk diaplikasikan dalam perdebatan juga untuk memupuk rasa cinta akan
negara kita.

Selain itu,rombongan ini juga akan pergi menyaksikan Pertandingan Akhir Pidato Bahasa Melayu Peringkat Antarabangsa yang bertempat di Putrajaya International Convention Centre pada 6 Mac 2009.Dengan adanya aktiviti seperti ini diharapkan ianya akan memberikan faedah kepada ahli kelab dan seterusnya dapat membantu untuk memperbaiki persembahan perdebatan selepas ini.Moga ahli rombongan akan mengambil peluang keemasan ini untuk belajar dan memperbaiki kelemahan diri.


















Sunday, February 1, 2009

Pertandingan Debat Intervarsiti Malaysia 2009/2010

Senarai pertandingan debat yang akan diadakan pada tahun 2009/2010:


  1. Debat Perdana Integriti bertempat di UTM,Skudai Johor.
  2. Debat Perpaduan bertempat di UMS, Sabah.
  3. Debat Kepenggunaan bertempat di UTHM
  4. Debat Alam Sekitar bertempat di UTP atau UiTM Dungun,Terengganu
  5. Debat Kemerdekaan bertempat di USIM
  6. Debat Piala Di Raja bertempat di UM

Minggu JKPP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.Bersempena dengan minggu JKPP

(Jawatan kuasa Kebajikan dan Penginapan Pelajar) kelab Demi mengadakan jualan makanan di

gerai yang bertempat di kawasan penginapan pelajar Blok B1.Pelbagai juadah yang enak-enak

dan harga yang berpatutan boleh anda dapati.Segeralah berkunjung ke gerai kami.Anda pasti

tidak akan rugi.

Saturday, January 31, 2009

Latihan Intensif Debat Perdana Integriti 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ahli DEMI.Berikut merupakan jadual latihan
untuk pemilihan pendebat bagi pertandingan Debat Perdana Integriti.Usul yang terpapar pada
jadual merupakan usul sementara bagi menunggu usul integriti yang akan diumumkan tidak
lama lagi.

LATIHAN INTENSIF DEBAT PERDANA INTEGRITI 2009
Tarikh
2.2.2009 :
1.Integriti Pemangkin Pembangunan Mapan
2.Politik Wang:Masalah Integriti

3.2.2009 :
1.Kemelut Politik Malaysia:Krisis Integriti
2.Penubuhan Suruhanjaya Badan Pencegah Rasuah Relevan

4.2.2009 :
1.Masalah Integriti Remaja Salah Ibu Bapa
2.Ahli Politik Sudah Berintegriti

5.2.2009 :
1.Demokrasi Menjejaskan Integriti
2.Sistem Pendidikan Punca Pengangguran

6.2.2009 :
1.Rasuah di Malaysia Semakin Bernanah
2.Mahasiswa Kita Mentaliti Kelas Ke-3

7.2.2009 :
1.Prasarana Sukan Ibarat Gajah Putih
2.Kerukunan Institusi Masyarakat Menjamin Kerukunan Negara

8.2.2009 :
1.Isu Penculikan Kanak-Kanak:Hangat-Hangat Tahi Ayam
2.Kurikulum IPT Berjaya Melahirkan Modal Insan Berintegriti

9.2.2009 :
1.Politik Malaysia:Ibarat Enau Dalam Belukar
Melepaskan Pucuk Masing-Masing
2.Integriti Media Punca Keretakan Kaum

10.2.2009 :
1.Ekonomi Kukuh Menjamin Kesejahteraan Negara
2.Rukun Negara Penyubur Integriti

Friday, January 23, 2009

Pemberitahuan Latihan Intensif Integriti

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

perhatian kepada semua ahli DEMI bersiap sedia untuk latihan debat intensif Integriti.

Latihan ini akan diadakan selepas cuti semester.Sempena cuti ini buat latihan pengukuhan dari

segi penyampaian dan struktur penghujahan.Jadual latihan akan diberikan dalam masa yang

terdekat.Insya Allah.

Perhatian juga kepada alumni DEMI anda dialu-alukan untuk turun sama

bagi membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada para pendebat.

Bantuan dari anda semua amatlah diharapkan.

Sekian harap maklum.

Wednesday, February 13, 2008

Aktiviti Seterusnya

  1. Perlawanan Persahabatan bersama UMP dan UDM
2. Seminar Debat Ala Parlimen sempena Piala Naib Canselor (Mac 2008)

3. Piala Naib Canselor (MAc 2008)

4. Piala Naib Canselor UDM

5. Rombongan ke Pertandingan Pidato Antarabangsa (22hb Feb 2008)

6. Debat Alam Sekitar (Jun 2008-UMS)