Sunday, March 22, 2009

PERJUMPAAN MINGGUAN

Untuk perhatian semua ahli Kelab DEMI. Maklumat perjumpaan mingguan adalah seperti berikut:

Hari : Khamis
Masa : 9.00 malam - 10.30 malam
Tempat : Tapak Parking Blok B1 (asrama perempuan) sebelah Kafe baru.

Ini merupakan peringatan kepada semua ahli Kelab. Selepas ini, tiada pengumuman perjumpaan akan dibuat. Pengumuman hanya akan diadakan apabila perjumpaan Kelab DEMI dibatalkan sahaja. Untuk setiap perjumpaan, kehadiran akan diambil untuk rekod. Kepada sesiapa yang tidak dapat hadir ke perjumpaan, sila maklumkan kepada rakan ahli Kelab DEMI yang lain atau maklumkan kepada MT DEMI.

Untuk setiap perjumpaan, kita akan ada pengisian untuk memantapkan lagi mutu perdebatan setiap ahli. Kita juga akan berbincang mengenai isu-isu terkini dan hal ehwal semasa yang berlaku dalam negara. Jadi, diharapkan agar anda semua dapat memberikan komitmen dan berusaha untuk memajukan Debat UMT dan diri anda sendiri. Semoga dengan adanya komitmen semua pihak, segala aktiviti akan dapat dilaksanakan dengan baik. Majulah debat dalam peradaban!

p/s: perjumpaan mingguan ini juga penting untuk makluman mengenai sebarang aktiviti debat mahupun pertandingan-pertandingan lain seperti pidato, syarahan mahupun forum yang akan dijalankan.

Pemilihan ke Pertandingan Debat IPT Malaysia untuk Mei 2009

Pada 26, 27 dan 28 Mac ini, Kelab DEMI akan mengadakan pemilihan untuk ke Pertandingan Debat IPT Malaysia untuk Mei 2009 iaitu Debat Integriti, Debat Sultan Zainal Abidin (PISZA) dan Debat Perpaduan.

Pemilihan akan diadakan secara adil dan saksama dengan pengadilan oleh hakim yang merupakan Alumni DEMI iaitu Abg Syahmi, Abg Azrul, Abg Uzair, Kak Kamma dan juga Pensihat DEMI iaitu Puan Rozita Jayus.

Setiap kumpulan akan bertanding mengikut sistem powermatch dan pemilihan adalah dilakukan berdasarkan prestasi individu, bukan berkumpulan. Jadi, kepada semua ahli DEMI dan sesiapa warga UMT yang berminat, anda bolehlah menghantar penyertaan kepada Huda di talian 017-9226443. Sila sertakan nama, no matrik dan program.
Terima Kasih.

Monday, March 2, 2009

LAWATAN KE ARKIB NEGARA DAN PIDATO BAHASA MELAYU PERINGKAT ANTARABANGSA 2009 DI PICC

Pada 5 Mac ini,Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual UMT akan bertolak ke Kuala Lumpur
untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Arkib Negara Malaysia iaitu gedung
"khazanah"negara.Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menimba ilmu pengetahuan yang
mana berfaedah untuk diaplikasikan dalam perdebatan juga untuk memupuk rasa cinta akan
negara kita.

Selain itu,rombongan ini juga akan pergi menyaksikan Pertandingan Akhir Pidato Bahasa Melayu Peringkat Antarabangsa yang bertempat di Putrajaya International Convention Centre pada 6 Mac 2009.Dengan adanya aktiviti seperti ini diharapkan ianya akan memberikan faedah kepada ahli kelab dan seterusnya dapat membantu untuk memperbaiki persembahan perdebatan selepas ini.Moga ahli rombongan akan mengambil peluang keemasan ini untuk belajar dan memperbaiki kelemahan diri.